Local Fauna (in progress!)

July 23  -  August 14 2016
@ Run Amok Gallery

A pair of elephants, departing. An eagle in a tree, yearning to be free. Terrapins with soup-bowl shells, eyeless fish owls, Malaysia as a pair of giant mudskippers.

“Local Fauna (in progress!)” was an exhibition of animal-themed linocut prints by Sharon Chin, produced to accompany writer Zedeck Siew’s short stories about fantastic Southeast Asian flora and fauna. These works explored the ways in which our world is intruded upon by the animal and vegetable, whether it be myth, politics, culture, or the environment.

This exhibition showcased 20 linocuts made during Sharon’s 3-month stint at the Hotel Penaga Artists’ Residency in Georgetown, Penang. It also aimed to document the process of collaboration between Sharon and Zedeck, as they work towards finishing a book – which will comprise 75 stories, each beautifully illustrated.

~

Sharon Chin (b 1980, Petaling Jaya) is an artist and writer living in Port Dickson, Negeri Sembilan. She’s bathed in public with a hundred people for “Mandi Bunga / Flower Bath”, part of the Singapore Biennale 2013; and painted weeds on political party flags for the 8th Asia Pacific Triennial of Contemporary Art in Queensland, Australia. She most recently completed a graphic journalism series, “In The Land That Never Was Dry” – illustrated essays about water issues in Malaysia.

http://sharonchin.com/

Zedeck Siew (b 1986, Port Dickson) is a writer, translator, and game designer living in Port Dickson, Negeri Sembilan. He co-designed POLITIKO, a cardgame about Malaysian party politics. Excerpts from “Local Fauna” were published in Fixi Novo’s Little Basket literary journal, in early 2016.

http://zedecksiew.tumblr.com/

Exhibition review by Hariati Azizan, The Star.

~~~~~~~~~

Sepasang gajah, berjalan pergi. Rajawali terperangkap dalam pokok. Labi-labi yang bercangkerangkan mangkuk, punggok tanpa mata, tanah Malaysia diwaliki ikan belodok.

“Fauna Nusantara (dalam progres!)” ialah pameran seni cetak linocut oleh Sharon Chin. Karya-karya ini dicipta sebagai iringan kepada cerpen-cerpen penulis Zedeck Siew, bertemakan fauna bersifat fantasi yang mungkin wujud di Asia Tenggera. Hasil karya ini meneroka pengaruh dunia haiwan atas dunia manusia, dari segi tradisi mitos, politik, budaya, mahupun isu-isu alam sekitar. Sebanyak 20 karya cetak linocut akan dipamerkan. Karya-karya Sharon ini dihasilkan dalam tempoh Mei – Ogos 2016, di Georgetown, Pulau Pinang, di bawah program Hotel Penaga Artists’ Residency.

Pameran ini juga mendokumentasikan proses kolaboratif antara Sharon dan Zedeck. Mereka sedang menyiapkan sebuah buku, mengumpulkan 75 cerpen, setiap satu diiringi gambar linocut. Beberapa edisi karya cetak linocut ini akan dijual. Hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada kerja menghasilkan buku tersebut.

~

Sharon Chin (lahir 1980, Petaling Jaya) ialah seniman visual and penulis yang kini bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Karya beliau termasuk mandian beramai-ramai dalam “Mandi Bunga / Flower Bath”, untuk Singapore Biennale 2013; dan lukisan rumput atas bendera parti-parti politik, untuk 8th Asia Pacific Triennial of Contemporary Art (Queensland, Australia). Karya terkini beliau ialah “In The Land That Never Was Dry” – sebuah siri esei mengenai isu-isu air di Malaysia.

http://sharonchin.com/

Zedeck Siew (lahir 1986, Port Dickson) ialah penulis, penterjemah dan pereka permainan analog. Beliau merupakan antara pereka POLITIKO, suatu permainan kad bertemakan parti politik di Malaysia. Petikan versi Bahasa Inggeris cerpen “Fauna Nusantara” boleh dijumpai dalam Little Basket 2016, terbitan Fixi Novo.

http://zedecksiew.tumblr.com/

Exhibition stills